CIRI CIRI SUAMI YANG SHOLEH DAN MEJADI TELADAN
Ciri-ciri Suami Teladan
- suami yang sholeh yang sentiasa menjalankan perintah Allah.
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintahAllah.
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan.
Ciri Ciri Suami Yang Sholeh :
- Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
- Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT.
- Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya.
- Menjaga hati dan perasaan isteri.
- Sentiasa tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri.
- Bersabar dan menghindari memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan.
- Jangan mengejek isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
- Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
- Tidak terlalu mengikuti kemauan isteri kerana ia akan menurunkan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.
- Memberi nafkah kepada keluarga menurut kemampuan.
- Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang layak.
- Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.
- Senantiasa bertanggung jawab tentang keselamatan mereka.
- Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.
Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keridhoan Allah SWT
iaitu:
- Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
- Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
- Rumahtangga sentiasa bersih dan nyaman.
- Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat.
- Ahli-ahlinya sholat berjamaah.
- Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek.
- Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim.
- Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga.
- Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam.
- Rumahtangga hendaklah sentiasa menuju ke arah kebaikan dan kebajikan.
- Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar